________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Thursday, February 23, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2012M


Tarikh                    : 12 Feb. 2012
Hari                        : Ahad
Masa                      : 7.30 pg  -  9.30 pg
Tempat                  : Dewan SMK Menerong

Sambutan Maulidur Rasul merupakan program tahunan yang disambut oleh seluruh umat Islam tidak kira di mana sahaja mereka berada sama ada di kampung-kampung, di bandar-bandar, di jabatan-jabatan, di sekolah-sekolah dan sebagainya. Seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia meraikan hari bersejarah ini bagi mengingati sirah kelahiran Rasulullah dan perjuangan serta pengorbanan baginda dalam menegakkan syiar Islam di bumi suci Allah ini.

Di SMK Menerong, Maulidur Rasul disambut bertujuan untuk menyuburkan roh keIslaman ke dalam diri pelajar bagi menjana modal insan kearah kesempurnaan dalam aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi.

Antara pengisian dalam sambutan Maulidur Rasul pada kali ini adalah Salawat beramai-ramai, Ceramah Maulidur Rasul disertai soalan-soalan kuiz spontan dan juga Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat SMK Menerong.

Mesyuarat Agung PIBG & Penyampaian Anugerah Kecemerlangan

Mesyuarat Agung PIBG SMK Menerong Kali Ke-18 & Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Tahun 2011 telah diadakan pada 23 Feb 2012 di Dewan SMK Menerong. Majlis ini bermula pada jam 2.00 ptg yang dirasmikan oleh YBM Dato.Tengku Putera bin Tengku Awang D.P.M.T, Speaker DUN Terengganu.

Sunday, February 12, 2012

Kejohanan Merentas Desa 2012

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Menerong telah diadakan pada  :


Tarikh : 26 Januari 2012 (Khamis)
Masa  : 8.00 pagi
Tempat : Laluan Merentas Desa

Sebelum kejohanan bermula, semua pelajar berkumpul mengikut rumah kokurikulum masing-masing iaitu Rumah Megat Panji Alam (Hijau), Rumah Tok Gajah (Merah), Rumah Tun Indera (Biru) dan Rumah Abdul Rahman Limbong (Kuning) di Balai Perdana untuk sesi memanaskan badan. Peserta larian dibahagikan kepada empat kategori iaitu L18, L15, P18 dan P15.


Orentasi Pelajar Tingkatan 1 & 4

Orentasi pelajar Tingkatan 1 dan 4 telah diadakan selama tiga hari bermula 3 Januari hingga 5 Januari 2012. Orentasi ini diadakan di Dewan SMK Menerong.

Hari Pertama Persekolahan 2012