________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Wednesday, April 25, 2012

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012

Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diistiharkan oleh UNESCO pada 23 April setiap tahun, Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu akan menganjurkan program sambutan hari tersebut pada 26 April 2012 (Khamis) hingga 28 April 2012 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu.

Objektif program ini adalah untuk :
  • Memperingati hari mempromosikan budaya membaca dan penerbitan buku.
  • Memperingati hari bagi menghormati hak cipta kepada setiap karya perekacipta ilmu-ilmu yang telah dibukukan.
  • Memupuk minat membaca dikalangan masyarakat bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.
  • Merapatkan hubungan diantara agensi keajaan dan swasta serta NGO dengan Perpustakaan Daerah Hulu Terengganu.
Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012 satu Bengkel Asas Penggunaan Adobe Photoshop telah diadakan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Hulu Terengganu dengan kerjasama EIO beberapa buah sekolah daerah Hulu Terengganu. Seramai 50 orang pelajar sekolah menengah Hulu Terengganu telah menyertai bengkel ini. Fasilitator bengkel ini ialah En. Mohd Sabri bin Yahya dari PPD Hulu Terengganu

Wednesday, April 18, 2012

Perasmian Bulan PSS dan Pelancaran Program Nilam

Perasmian Bulan PSS dan pelancaran Program Nilam 2012 telah diadakan pada 17 April 2012 (Selasa) di Bilik Intelek SMK Menerong. Program ini akan berlangsung selama sebulan bermula 17 April - 17 Mei 2012. Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan Pusat Sumber Sekolah 2012 adalah :
  • Pertandingan membuat kad ucapan Hari Guru
  • Pertandingan teka silang kata Bahasa Inggeris
  • Pertandingan Powerpoint
  • Kempen bacaan buku 15 minit
  • Pertandingan fotografi
  • Pertandingan melukis poster dan kulit buku
  • Pertandingan kuiz spontan
  • Pertandingan menulis sajak
  • Pertandingan menulis puisi
  • Pertandingan menulis esei pendek

Monday, April 9, 2012

Majlis Pelancaran Hulu Terengganu Cemerlang (HUTeC) 2012

                                                               
                  Tarikh        : 25 Mac 2012
                  Masa         : 9.30 pagi
                  Tempat      : Dewan Intan SMK Menerong
                  Perasmian  : Yang Berhormat Hj. Mohd Nor bin Othman
                                     (Ahli Parlimen Hulu Terengganu) 


KETERANGAN LOGO

WARNA.
1. Oren – Warna Tema Daerah Hulu Terengganu yang melambangkan kecekalan dan keberanian dalam mencapai kecemerlangan yang berterusan.
2. Biru – Melambangkan perpaduan warga Pendidikan Hulu Terengganu dalam usaha mencapai kecemerlangan.

BENTUK.
1. 26 Jalur beralun – melambangkan 26 hasrat PPD yang digariskan untuk mencapai kecemerlangan Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.
2. Kerawang – melambangkan kerja/usaha Warga Pendidikan Hulu Terengganu yang sentiasa berusaha dalam mencapai kecemerlangan selaras dengan hasrat kerajaan.
3. Logo Persekutuan, PPD dan 1Malaysia – Melambangkan Warga Pendidikan Hulu Terengganu sentiasa selari dengan dasar Kerajaan Persekutuan.
4. Logo 1Malaysia – Kedudukan logo 1Malaysia di tengah-tengah selaras dengan moto Hulu Terengganu ‘Pendahulu’ yang sentiasa ingin berada di kedudukan pertama dalam setiap bidang.
5. Bentuk Bulat – 2 bulatan (kuning dan biru) melambangkan usaha berganda ke arah mencapai kejituan iltizam dan kerja sepasukan ke arah kecemerlangan. 

PERKATAAN.
1. “Hulu Terengganu Cemerlang 2012”.- ikrar ke arah mencapai sasaran Hulu Terengganu Cemerlang 2012.
2. ‘Hulu Terengganu Pendahulu’.- hasrat untuk menjadi pendahulu dalam apa jua bidang samada Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum dan Perkembangan Sahsiah. 

Wednesday, April 4, 2012

Majlis Pelancaran Bulan Disiplin & Guru Penyayang Peringkat Sekolah

Bulan April adalah Bulan Disiplin bagi SMK Menerong. Majlis Pelancaran Bulan Disiplin telah diadakan pada 1 April 2012 (Ahad) di Bilik Intelek, SMK Menerong. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Tahar bin Sali, Penolong Pengarah Bimbingan & Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Antara pengisian sepanjang bulan disiplin ini adalah :
1. Pertandingan Melukis Poster
2. Ungkapan Sayang Guru
3. Kempen "Saya Sayang Saya"
4. Pertemuan 6 Mata (Guru-Pelajar-Penjaga)
5. Klinik Berhenti Merokok
6. Ziarah
7. Anugerah Pelajar Berdisiplin
8. Penguatkuasaan Kad Keluar Kelas

Majlis Aku-Janji & Temu Murni Pelajar PMR,SPM,STPM 2012

Tarikh : 29 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 pg - 1.30 ptg
Tempat : Bilik Intelek, SMK Menerong

Sempena Majlis Aku-Janji dan Temu Murni Pelajar PMR,SPM dan STPM 2012 satu ceramah motivasi keibubapaan telah diadakan. Ceramah ini disampaikan oleh En. Mohd Tahar bin Sali, Penolong Pengarah Bimbingan & Kaunseling JPNT.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Hajah Azizah binti Sulong, Pengetua SMK Menerong.
Para pelajar menunggu ketibaan ibubapa dan tempat pendaftaran

Keputusan SPM 2011

Tarikh : 21 Mac 2012 (Rabu)
Tempat : Bilik Intelek SMK Menerong

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2011. Kepada yang kurang bernasib baik teruskan usaha anda untuk mencapai kecemerlangan di masa depan. Kami warga SMK Menerong mendoakan kejayaan anda.

Taklimat oleh guru sebelum mengambil keputusan SPM

Karnival Bahasa Peingkat Daerah Hulu Terengganu

Tarikh : 19 Mac 2012 (Isnin)
Tempat : SMK Tengku Ampuan Intan

SMK Tengku Ampuan Intan telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Peringkat Daerah Hulu Terengganu bagi tahun 2012. Sekolah yang terlibat dalam karnival ini ialah sekolah-sekolah menengah daerah Hulu Terengganu.

Antara program sempena karnival ini ialah Forum Remaja, Pidato Piala Diraja, Drama Bahasa Inggeris dan Public Speaking.

Keputusan STPM 2011

Tarikh : 07 Mac 2012 (Rabu)
Tempat : Bilik Intelek, SMK Menerong

Taklimat dan kata-kata nasihat sebelum mendapat keputusan STPM

Kejohanan Sukan Balapan & Padang MSSMDHT

Tarikh : 27 Februari - 01 Mac 2012
Tempat : Padang SMK Jenagor


Tahniah diucapkan kepada semua atlet SMK Menerong kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Sukan Balapan dan Padang MSSMDHT 2012. Kejohanan ini telah berlangsung selama empat hari di Padang SMK Jenagor.