________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Wednesday, April 25, 2012

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012

Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diistiharkan oleh UNESCO pada 23 April setiap tahun, Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu akan menganjurkan program sambutan hari tersebut pada 26 April 2012 (Khamis) hingga 28 April 2012 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu.

Objektif program ini adalah untuk :
  • Memperingati hari mempromosikan budaya membaca dan penerbitan buku.
  • Memperingati hari bagi menghormati hak cipta kepada setiap karya perekacipta ilmu-ilmu yang telah dibukukan.
  • Memupuk minat membaca dikalangan masyarakat bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.
  • Merapatkan hubungan diantara agensi keajaan dan swasta serta NGO dengan Perpustakaan Daerah Hulu Terengganu.
Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012 satu Bengkel Asas Penggunaan Adobe Photoshop telah diadakan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Hulu Terengganu dengan kerjasama EIO beberapa buah sekolah daerah Hulu Terengganu. Seramai 50 orang pelajar sekolah menengah Hulu Terengganu telah menyertai bengkel ini. Fasilitator bengkel ini ialah En. Mohd Sabri bin Yahya dari PPD Hulu Terengganu

No comments:

Post a Comment