________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Wednesday, April 4, 2012

Majlis Pelancaran Bulan Disiplin & Guru Penyayang Peringkat Sekolah

Bulan April adalah Bulan Disiplin bagi SMK Menerong. Majlis Pelancaran Bulan Disiplin telah diadakan pada 1 April 2012 (Ahad) di Bilik Intelek, SMK Menerong. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Tahar bin Sali, Penolong Pengarah Bimbingan & Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Antara pengisian sepanjang bulan disiplin ini adalah :
1. Pertandingan Melukis Poster
2. Ungkapan Sayang Guru
3. Kempen "Saya Sayang Saya"
4. Pertemuan 6 Mata (Guru-Pelajar-Penjaga)
5. Klinik Berhenti Merokok
6. Ziarah
7. Anugerah Pelajar Berdisiplin
8. Penguatkuasaan Kad Keluar Kelas


Gimik Pelancaran Guru Penyayang Peringkat Sekolah
Ucapan Perasmian oleh En Mohd Tahar bin Sali dan gimik pelancaran Bulan Disiplin
Penyerahan Kad Keluar Kelas kepada Ketua Pelajar
Penyampaian cenderahati kepada perasmi dan persembahan pelajar (sajak)

No comments:

Post a Comment