________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Saturday, July 14, 2012

Majlis Penutup Khidmat Seni Budaya USIM

Satu khidmat seni budaya sempena program anak angkat pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di PPSK Kg. Menerong, telah di adakan di SMK Menerong dan SK Menerong. Khidmat seni budaya ini diadakan selama tiga hari bermula 01-03 Julai 2012 selepas sesi P&P. 

Majlis penutup khidmat seni budaya ini telah diadakan pada 04 Julai 2012 (2.30 ptg) di Kantin SMK Menerong. Majlis penutup telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj. Wahid selaku ADUN Kawasan Ajil. Semasa majlis ini berlangsung para pelajar telah membuat persembahan hasil daripada program khidmat seni budaya ini.

Ketibaan YB Dato' Hj Rosol bin Wahid disambut dengan pasukan kompang








No comments:

Post a Comment