________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Monday, July 2, 2012

Majlis Temu Murni & Anugerah Kecemerlangan Pelajar


Majlis temu murni dan hari anugerah kecemerlangan pelajar SPM dan STPM 2012 telah diadakan pada hari rabu 27 Jun 2012 bertempat di Bilik Intelek dan kelas SMK Menerong. Majlis temu murni kali ini merupakan kali yang ke-2 bagi tahun 2012 yang mana ia melibatkan semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rosol bin Hj. Wahid, ADUN Ajil.

Program temu murni ini merupakan program tahunan sekolah dan selaras dengan hasrat kementerian untuk memasyarakatkan sekolah. Program sebegini juga memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dari segi sahsiah diri.

No comments:

Post a Comment