________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Friday, September 13, 2013

Program Ihya Ramadhan 2013/1434H

Bulan Ramadhan merupakan bulan rahmat bagi seluruh alam. Bulan kebesaran ini bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Sebagai umat Islam ,kita perlu mewar-warkan kedatangan bulan tersebut. Kita perlu menyemarakkan kedatangannya dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menghidupkan kedatangan bulan mulia ini.  Sempena kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadhan ini,pihak Badan Dakwah & Surau SMK Menerong mengorak langkah menyusun program sepanjang bulan Ramadhan dengan mengadakan beberapa aktiviti yang dinamakan “IHYA RAMADHAN”.

Tujuan program ini diadakan supaya para guru dan pelajar dapat menghayati dan memenuhi bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan soleh di samping dapat membentuk sahsiah diri selari dengan kehendak syariat Islam.
Ceramah Jendela Ramadhan
Tazkirah Nuzul Quran
Mahrajan Kuiz
Pertandingan mencipta kad hari raya
Iftar Jama'ie
Majlis Khatam Quran
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kuiz & Kad Hari Raya
Penyampaian Bantuan Hari Raya
Majlis sambutan Hari Raya

No comments:

Post a Comment