________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Friday, January 31, 2014

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan RM100

Tarikh : 22 Januari 2014
Hari : Rabu
Masa : 3.30 petang

Hari Anugerah Kokurikulum dan Taklimat Pelaburan ASNB

Tarikh : 22 Januari 2014
Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang

Pelancaran "Wednesday a speaking English Day"

Tarikh : 19 Januari 2014
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi

Kemahiran dwibahasa salah salah satu daripada 6 aspirasi murid dalam PPPM. Sehubungan dengan itu pihak SMK Menerong mengambil inisiatif ini dengan menetapkan setiap hari Rabu adalah "English Day".

Minggu Orentasi Pelajar Asrama 2014

Tarikh : 12 Januari 2014 – 16 Januari 2014 
Masa : 3 petang - 11 malam
Tempat : Asrama SMK Menerong

Minggu Orientasi ini diadakan sebagai persediaan awal dalam menggerakkan proses kemenjadian murid yang tinggal diasrama berlandaskan 6 Aspirasi Murid dalam PPPM serta merealisasikan Transformasi Asrama Harian. Antara fokusnya ialah tentang etika murid asrama, kebersihan dan keceriaan, pembangunan diri dan memahami peraturan asrama. Penyerapan budaya penyayang dan mencintai asrama juga perlu diadakan di awal sesi murid-murid tinggal di asrama.

Antara objektif orentasi ini diadakan adalah untuk :
  •  Memberikan pendedahan murid baharu dengan suasana kehidupan asrama.
  •  Memberikan pendedahan kepada semua murid tentang kepentingan bekerjasama.
  • Memberikan semangat berpasukan dan saling bantu –membantu antara satu sama lain.
  • Melahirkan murid yang berdedikasi serta mempunyai komitmen yang tinggi.

Sunday, January 5, 2014

Orentasi Pelajar Tingkatan 1

Tarikh : 01 - 02 Januari 2014
Tempat : Bilik Intelek, SMK Menerong

Seramai 101 pelajar Tingkatan 1 sekolah ini telah mengikuti program orentasi ini. Tujuan orentasi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang persekitaran sekolah dan juga peraturan yang telah ditetapkan.

Kami warga SMK Menerong menalu-alukan kedatangan para pelajar ini. Semoga para pelajar ini dapat mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.

Guru Disiplin memberitahu cara berpakaian dengan betul dan kemas
Guru Koperasi
Pelajar dibawa ke perpustakaan dan surau sekolah
Ucapan daripada PK Hal Ehwal Murid

Thursday, January 2, 2014

Hari Pendaftaran Sekolah Sesi 2014

Tarikh : 30 Disember 2013 (Isnin)
Tempat : Bilik Intelek, SMK Menerong
Masa : 8.00 pagi


Wednesday, January 1, 2014

Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah

Aktiviti hari pertama persekolahan sesi 2014
1) Majlis bacaan yasin, tahlil dan solat hajat


2) Perhimpunan mingguan kali pertama sesi persekolahan 2014

3) Ucapan perpisahan Ustazah Norizam yang akan bertukar ke SMK Matang