________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog SMK Menerong. Blog ini disediakan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti terkini, gambar dan maklumat yang berlaku di SMK Menerong.Pihak SMK Menerong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman blog ini.
________________________________________________________________________________________

Wednesday, May 13, 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21, Penetapan Target, Anugerah Kecemerlangan dan Ceramah Kepenggunaan

Pada 25 Mac 2015 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21. Selain dari itu juga turut diadakan Penetapan Target, Majlis Anugerah Kecemerlangan dan taklimat perancangan kewangan untuk ibu bapa. 

Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Noor bin Musa, Pengarah KPDNKK Negeri Terengganu.

Antara pengisian lain pada hari itu ialah Pameran oleh pihak PNB dan hadiah cabutan bertuah.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar cemerlang bagi semua peperiksaan tahun 2014. Diharap dapat memberi suntikan semangat untuk menempa kejayaan pada masa depan.





No comments:

Post a Comment